Wednesday, July 10, 2013

Renungan Bersama

"Maka nikmat Tuhan yang mana satukah yang kamu dustakan..?"


Aku tertarik dengan sepotong ayat  yang di'bold' kan itu..terbaca daripada facebook seorang sahabat baik..ayat tersebut banyak kali diulang di dalam surah al-Rahman..apabila dibacakan surah tersebut, akan ada rasa tertarik mengenai apakah sebenarnya maksud ayat tersebut dan mengapa ianya diulang- ulang di dalam surah ini??

Ya, itu menjadi persoalan nikmat Tuhan yang mana satukah yang kamu dustakan??menjadi seorang Islam, dapat udara, air, makanan, minuman, keluarga, anggota badan yang lengkap...sangat banyak untuk disenaraikan..aku terfikir bahawa semua rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan walaupun kadangkala kurang bagi kita ianya sudah terlalu banyak sebenarnya....lumrah manusia yang tidak pernah cukup dengan apa yang diperolehi...jika dibandingkan dengan manusia2 yang lain, lebih ramai yang kurang bernasib baik namun, jauh di sudut hati mereka, tetap bersyukur di atas segala yang Allah kurniakan...sudahkah kita bersyukur di atas setiap nikmat dan rezeki yang kita perolehi??
Kesimpulannya,tidak perlu kita mempersoalkan nikmat yang Allah berikan kepada orang lain kerana Allah itu Maha Adil..jika kita juga mahu nikmat seperti mereka, berusahalah dan Allah menjanjikan balasan yang baik untuk orang yang berusaha mendapatkan sesuatu jika tidak bertentangan dengan hukum-Nya..
Btw, Salam Ramadhan semua..

Thursday, July 4, 2013

Trip to KOREA..

Just come back from Korea..owh yeah seriously best sangat..just cerita secara random disebabkan gambar2 bawah ni pun upload random..malas nak betulkan..firstly before pergi trip mana2, pastikan google tempat2 menarik supaya bila pergi kita tahu la serba sedikit tempat tu kan dan motif kita dibawa ke sana..majoriti aku google blog2 orang,ramai yang pergi korea ni sendiri without guna tourist guide kan..tu lebih mencabar sebenarnya but trip aku ni macam trip family yang besar dan disebabkan cousin aku pun menjadi tourist guide sambilan di sana,so kiteorang just follow dia..memang sangat senang ada guide kerana korea ni fully guna bahasa dieorang..tak main English2 ni..memang payah..macam menyanyi je dengar dieorang cakap..nak sebut or eja bahasa dia sangat susah..lain kali k-poppers kan..small matter je semua tu dah hari2 layan cerita n lagu2 korea...kiteorang pergi di sana 6 hari 5 malam dan tinggal kat apartment yang sangat selesa walaupun kecil..aku rasa sekejap sangat trip ni sebab tak puas..haha..ok,over sangat ye..
bajet yang aku bawak 60,000 won sahaja untuk shopping..macam RM60 je aku belanja..padahal RM170..yela semua dah ditanggung PaMa..haha..so,inilah barang2 yang aku beli..souvenirs(4 fridge magnet 5000won,12 ketip kuku 5000won,3 tshirt i love korea 10000won,20 bungkus seaweed 7500won,kain cotton korea 15000won,beg 10000won,kosmetik Nature Republic kiriman orang dan sleeve kertas kot gambar Namsan Tower 1000won)..memang semua barang2 aku beli ni kira murah sebab ada guide kan yang dah tau kat mana murah..kalau tempat lain memang tak dapat harga macamtu..ade lebih tu beli2 makanan air bila penat jalan..hehe..tapi korean silik tak dapat la nak beli sebab sangat mahal,81000won..tak sampai tahap duit yang aku tukar..seriously bila da tukar duit tu jangan bandingkan dengan duit Malaysia,confirm takkan beli apa2sebab bezanya hampir RM3 untuk 1000won..before tukar,fikir dulu nak melontar berapa ringgit kat sana untuk shopping..hehe..
yang ini pulak dekat Gyeongbokgung Palace..yang ni hari keempat sebenarnya,pusing2 Seoul..nampak la random gambar2 ni..haha..ni lah family besarnya..ramai tak..tapi ni pun bukan semua sebenarnya..hehe..siap bawak banner lagi..awesome sangat..
Hari Kedua pergi Pulau Nami yang famous sangat tu sebab cerita Winter Sonata..tapi time ni bukan winter la..summer sangat panas ok..gelap aku balik korea..haha..sangat suka gambar ni (credit to kak erra) sebab ni la port famous orang upload kalau datang Pulau Nami ni..lawa sangat tempat ni..
Hari ketiga, Mount Seorak..dalam bahasa korea panggil, Seoraksan..san is gunung..nak sampai sini 3jam dari Seoul..ada la dalam 30 terowong dilalui sepanjang highway sebab kawasan pergunungan kan..lepastu kena naik cable car,daki skit baru sampai puncak..view dia sangat lawa..tak sia2 3jam perjalanan..macam kinabalu versi korea..haha..
 Ini tak tau fesyen apa..haha..mungkin maharaja punya baju..tak dapat pakai Hanbok,pakai ni pun jadi la..ni free dekat luar Gyeongbogung Palace tu..tempat ni tulis I'M A KING..haha..
Everland hari kelima..tempat ni fantasi betul..rasa best je feeling fairytale..haha..port ambil gambar semua menarik..nampak la overseas nya..lebih kurang USS..game2 kat sini semua tahap pening,muntah2..tengok je pun dah pening..owh kalau masuk indoor game or show kena sabar la sebab takkan faham apa benda dieorang cakap..tapi still best..bayar masuk ni 27000won kot untuk teenager..untuk tahap umur lain,aku taktau..hehe..
owh ya,ni lah tourist guide kami yang tak bertauliah(kiri sekali)..muka pun da macam korean..bagus sangat la tu..dia memang jadi guide sambilan tambah2 duit scholar kat sana..boleh contact kalau siapa2 nak pergi Korea..haha..
 nampak tak plastik2 pink tu..sakan sangat shopping kat Myeongdong Street..kat sini sangat ramai orang dan berlambak kedai2 kosmetik buat sale..sebenarnya ada lagi tempat shopping macam Namdaemun(barang2 souvenir),Dongdaemun(semua pun ada) dan Kwanjang Market untuk silk..tapi sebab suka sangat gambar ni,semua pegang plastik so letak la..nampak la shopping nya..

 ok,ni antara makanan yang dicuba..harga benda ni mahal kot..ada la pinggan sampingan lagi..22 orang makan cecah RM1000..malangnya kau lupa nama dia..dah berapa kali diajar sebut,still tak ingat..nampak tak susah bahasa korea..sepanjang kat sini,makanan paling best ikan bakar dengan sambal sotong kot..memang berselera sampai tambah nasi..tak pernah2 makan makanan korea tambah2 ni..tu kat area Dongdaemun..
latar belakang gambar ni la ride paling adventure kat Everland..saja nak tunjuk aku dah naik benda tu..serius taktau feeling apa lepas naik tu..berapa banyak kali jatuh,pusing..best gler..lepastu,semua taknak naik roller coaster dah..rasa menyesal tak ikut geng2 parents pergi simple show,indoor semua..nak sangat adventure kan..so,tak banyak gambar port lawa kat sini..menyesal tak masuk 4 seasons garden..lawa sangat bila tengok gambar geng2 parents tu..
Love is in the air..ni dekat Namsan Tower a.k.a Seoul Tower..takde pulak gambar tapi bentuk lebih kurang KL Tower..berlambak love padlocks belakang tu..kalau letak, beberapa tahun lagi datang,dah tak jumpa agaknya..sangat banyak..belakang tu sebahagian je..dieorang siap buat pokok padlocks lagi..harga padlock je 8000won..baru ingat nak beli,simpan..owh,tak cukup padlock,tiles kecik2 tu pun jadi untuk menyatakan kasih sayang..haha..tu pun 10000won..
 yang ni cruising..banyak sangat lalu bawah jambatan sepanjang Han River ni..lepastu ada rainbow water keluar dari jambatan..lawa sangat..nak sangat basah tapi cruise ni tak lalu pulak bawah air tu..ok fine2..
Sungai buatan yang sangat jernih ni adalah Cheonggye tak salah aku..nama sungai ni diambil sempena nama orang yang bakar diri dia untuk jadi famous..pelik2 je dieorang..disebabkan nak publisiti,bakar diri..dah mati baru dapat publisiti..ni cerita cousin aku la,kalau dia tipu,aku tipu jugak..haha..ada patung orang yang bakar diri tu dekat salah satu jambatan kat sungai ni..Owh seni kat sini sangat pelik sebab mana2 adapatung bogel tapi taknak lah upload kan jadi 18sx pulak blog aku nanti..tapi memang dah 3 4 tempat aku pergi mesti ada sampai dah tak terkejut pun tengok..haha..

Overall South Korea sangat best..macam2 la aku dapat tengok negara maju ni..highway dia ke kawasan pedalaman sangat cool..takde isu kalau Malaysia tak boleh buat kat sabah sarawak tu sebab banyak kawasan pergunungan..lagi satu yang bagusnya,pergi mana2 mesti ada filter water untuk minum..tak payah beli berbotol air..satu botol je boleh refill kat mana2..bandar Seoul sangat padat tapi dieorang gunakan sebaiknya untuk pastikan tempat yang kecik pun boleh berniaga,jadi guest house ke tapi facilities tip top dan yang paling penting bersih..
Tu je kot,panjang sangat dah ni..