Monday, November 26, 2012

Setelah Berkurun..

Wah over betul title aku...over tak over, suke hati aku la kan..ok,last post 1 Mac 2012..hmm*sambil mengira*8 bulan katanya aku tak jenguk2 blog ni...macam busy sangat..ape2 pun banyak yang dah berlaku 8 bulan ni..aku pun tengah cuti sem and dah nak masuk balik dah pun..eh,aliya cuti sem??U mana dia masuk..yeah,aku sekarang sudah menjadi student IPTA..hehe..UITM PUNCAK ALAM...Alhamdulillah...hmm..selama 8 bulan aku menghilang, result SPM aku dah dapat, then pergi umrah, dapat masuk UITM course FOUNDATION IN SCIENCE, final exam semester 1, cuti semester, result keluar n ready to come back for semester 2...

Ok,cerita pasal result SPM,hmm sedih tak boleh nak kata ape la kan..tapi everything will always gonna be ok if we think positive and be positive...result aku bukanlah teruk sangat and dapat jugak anugerah dari sekolah tapi bila kita target lain dapat lain,for sure lah kita frust kan...tapi takpelah, spm is not the end of the world...(tapi sesiapa yang ambil spm tu buat la betul2 walaupun aku kata macam tu...nanti orang kata aku ni tak bagi semangat pulak n mengajar benda yang sesat...)back to the topic, menangis bagai nak rak pun bukan boleh ubah result..lets move on..itulah selalu aku pujuk diri aku..sentimental jugak aliya ni..eh,mesti walaupun aku macam takde perasaan..haha..then, tepat pada masanya, dalam bulan April tu aku pergi umrah..tengah sedih2,memang sesuai sangatlah kan...muhasabah diri and percaya yang Allah itu sentiasa ada di sisi kita dalam kesusahan dan aku sedar yang semua ni jadi mesti ada hikmahnya...


Bulan Mei pulak aku dapat result masuk UITM...happy sangat sebab masih ada rezeki aku...aku janji pada diri sendiri yang 'aku takkan menangis lagi kerana kegagalan dan tangisan itu hanya ada untuk kejayaan aku je'..nampak tak semangat gila kat situ??nampak tak,nampak tak?? hidup kat U ni mencabar sebenarnya...Alhamdulillah sangat aku dapat roomate, housemates n classmates yang sangat baik n membantu...lebih2 lagi Ceria, schoolmate CP aku dulu ada kat sini...kiteorang housemate ok...apa yang mencabarnya duduk U ni??semua kena buat sendiri n takda sape lagi yang nak kisah pasal kita..segala-galanya terletak pada kita sendiri la senang cakap..kawan pun kena cari yang betul2...sama je macam sekolah asrama aku dulu cuma sekarang skop nya lebih luas...dan godaan2 dari pelbagai aspek lagi la banyak..siapa yang nak berjaya, kena la pandai gunakan peluang..aku jealous sangat bila kawan2 semua enjoy sana sini, tengok movie, hang out...tapi aku, sibuk belajar sebab aku tau, aku kena belajar untuk berjaya..bila aku tengok orang enjoy, aku akan kata pada diri aku sendiri, 'takpe aliya, susah2 dulu, nanti lama2 senang'..finally, atas usaha aku sendiri, aku berjaya dapat Dean's List untuk first semester...Alhamdulillah..aku harap dapat kekalkan...aku percaya yang kegagalan lalu mengajar kita menjadi insan yang lebih cemerlang di masa akan datang dengan syarat kita sentiasa ingat pada Allah dan berusaha bersungguh-sungguh...
Itu sahaja lah dulu untuk post ni...nanti aku cerita lagi...