Wednesday, July 10, 2013

Renungan Bersama

"Maka nikmat Tuhan yang mana satukah yang kamu dustakan..?"


Aku tertarik dengan sepotong ayat  yang di'bold' kan itu..terbaca daripada facebook seorang sahabat baik..ayat tersebut banyak kali diulang di dalam surah al-Rahman..apabila dibacakan surah tersebut, akan ada rasa tertarik mengenai apakah sebenarnya maksud ayat tersebut dan mengapa ianya diulang- ulang di dalam surah ini??

Ya, itu menjadi persoalan nikmat Tuhan yang mana satukah yang kamu dustakan??menjadi seorang Islam, dapat udara, air, makanan, minuman, keluarga, anggota badan yang lengkap...sangat banyak untuk disenaraikan..aku terfikir bahawa semua rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan walaupun kadangkala kurang bagi kita ianya sudah terlalu banyak sebenarnya....lumrah manusia yang tidak pernah cukup dengan apa yang diperolehi...jika dibandingkan dengan manusia2 yang lain, lebih ramai yang kurang bernasib baik namun, jauh di sudut hati mereka, tetap bersyukur di atas segala yang Allah kurniakan...sudahkah kita bersyukur di atas setiap nikmat dan rezeki yang kita perolehi??
Kesimpulannya,tidak perlu kita mempersoalkan nikmat yang Allah berikan kepada orang lain kerana Allah itu Maha Adil..jika kita juga mahu nikmat seperti mereka, berusahalah dan Allah menjanjikan balasan yang baik untuk orang yang berusaha mendapatkan sesuatu jika tidak bertentangan dengan hukum-Nya..
Btw, Salam Ramadhan semua..

Thursday, July 4, 2013

Trip to KOREA..

Just come back from Korea..owh yeah seriously best sangat..just cerita secara random disebabkan gambar2 bawah ni pun upload random..malas nak betulkan..firstly before pergi trip mana2, pastikan google tempat2 menarik supaya bila pergi kita tahu la serba sedikit tempat tu kan dan motif kita dibawa ke sana..majoriti aku google blog2 orang,ramai yang pergi korea ni sendiri without guna tourist guide kan..tu lebih mencabar sebenarnya but trip aku ni macam trip family yang besar dan disebabkan cousin aku pun menjadi tourist guide sambilan di sana,so kiteorang just follow dia..memang sangat senang ada guide kerana korea ni fully guna bahasa dieorang..tak main English2 ni..memang payah..macam menyanyi je dengar dieorang cakap..nak sebut or eja bahasa dia sangat susah..lain kali k-poppers kan..small matter je semua tu dah hari2 layan cerita n lagu2 korea...kiteorang pergi di sana 6 hari 5 malam dan tinggal kat apartment yang sangat selesa walaupun kecil..aku rasa sekejap sangat trip ni sebab tak puas..haha..ok,over sangat ye..
bajet yang aku bawak 60,000 won sahaja untuk shopping..macam RM60 je aku belanja..padahal RM170..yela semua dah ditanggung PaMa..haha..so,inilah barang2 yang aku beli..souvenirs(4 fridge magnet 5000won,12 ketip kuku 5000won,3 tshirt i love korea 10000won,20 bungkus seaweed 7500won,kain cotton korea 15000won,beg 10000won,kosmetik Nature Republic kiriman orang dan sleeve kertas kot gambar Namsan Tower 1000won)..memang semua barang2 aku beli ni kira murah sebab ada guide kan yang dah tau kat mana murah..kalau tempat lain memang tak dapat harga macamtu..ade lebih tu beli2 makanan air bila penat jalan..hehe..tapi korean silik tak dapat la nak beli sebab sangat mahal,81000won..tak sampai tahap duit yang aku tukar..seriously bila da tukar duit tu jangan bandingkan dengan duit Malaysia,confirm takkan beli apa2sebab bezanya hampir RM3 untuk 1000won..before tukar,fikir dulu nak melontar berapa ringgit kat sana untuk shopping..hehe..
yang ini pulak dekat Gyeongbokgung Palace..yang ni hari keempat sebenarnya,pusing2 Seoul..nampak la random gambar2 ni..haha..ni lah family besarnya..ramai tak..tapi ni pun bukan semua sebenarnya..hehe..siap bawak banner lagi..awesome sangat..
Hari Kedua pergi Pulau Nami yang famous sangat tu sebab cerita Winter Sonata..tapi time ni bukan winter la..summer sangat panas ok..gelap aku balik korea..haha..sangat suka gambar ni (credit to kak erra) sebab ni la port famous orang upload kalau datang Pulau Nami ni..lawa sangat tempat ni..
Hari ketiga, Mount Seorak..dalam bahasa korea panggil, Seoraksan..san is gunung..nak sampai sini 3jam dari Seoul..ada la dalam 30 terowong dilalui sepanjang highway sebab kawasan pergunungan kan..lepastu kena naik cable car,daki skit baru sampai puncak..view dia sangat lawa..tak sia2 3jam perjalanan..macam kinabalu versi korea..haha..
 Ini tak tau fesyen apa..haha..mungkin maharaja punya baju..tak dapat pakai Hanbok,pakai ni pun jadi la..ni free dekat luar Gyeongbogung Palace tu..tempat ni tulis I'M A KING..haha..
Everland hari kelima..tempat ni fantasi betul..rasa best je feeling fairytale..haha..port ambil gambar semua menarik..nampak la overseas nya..lebih kurang USS..game2 kat sini semua tahap pening,muntah2..tengok je pun dah pening..owh kalau masuk indoor game or show kena sabar la sebab takkan faham apa benda dieorang cakap..tapi still best..bayar masuk ni 27000won kot untuk teenager..untuk tahap umur lain,aku taktau..hehe..
owh ya,ni lah tourist guide kami yang tak bertauliah(kiri sekali)..muka pun da macam korean..bagus sangat la tu..dia memang jadi guide sambilan tambah2 duit scholar kat sana..boleh contact kalau siapa2 nak pergi Korea..haha..
 nampak tak plastik2 pink tu..sakan sangat shopping kat Myeongdong Street..kat sini sangat ramai orang dan berlambak kedai2 kosmetik buat sale..sebenarnya ada lagi tempat shopping macam Namdaemun(barang2 souvenir),Dongdaemun(semua pun ada) dan Kwanjang Market untuk silk..tapi sebab suka sangat gambar ni,semua pegang plastik so letak la..nampak la shopping nya..

 ok,ni antara makanan yang dicuba..harga benda ni mahal kot..ada la pinggan sampingan lagi..22 orang makan cecah RM1000..malangnya kau lupa nama dia..dah berapa kali diajar sebut,still tak ingat..nampak tak susah bahasa korea..sepanjang kat sini,makanan paling best ikan bakar dengan sambal sotong kot..memang berselera sampai tambah nasi..tak pernah2 makan makanan korea tambah2 ni..tu kat area Dongdaemun..
latar belakang gambar ni la ride paling adventure kat Everland..saja nak tunjuk aku dah naik benda tu..serius taktau feeling apa lepas naik tu..berapa banyak kali jatuh,pusing..best gler..lepastu,semua taknak naik roller coaster dah..rasa menyesal tak ikut geng2 parents pergi simple show,indoor semua..nak sangat adventure kan..so,tak banyak gambar port lawa kat sini..menyesal tak masuk 4 seasons garden..lawa sangat bila tengok gambar geng2 parents tu..
Love is in the air..ni dekat Namsan Tower a.k.a Seoul Tower..takde pulak gambar tapi bentuk lebih kurang KL Tower..berlambak love padlocks belakang tu..kalau letak, beberapa tahun lagi datang,dah tak jumpa agaknya..sangat banyak..belakang tu sebahagian je..dieorang siap buat pokok padlocks lagi..harga padlock je 8000won..baru ingat nak beli,simpan..owh,tak cukup padlock,tiles kecik2 tu pun jadi untuk menyatakan kasih sayang..haha..tu pun 10000won..
 yang ni cruising..banyak sangat lalu bawah jambatan sepanjang Han River ni..lepastu ada rainbow water keluar dari jambatan..lawa sangat..nak sangat basah tapi cruise ni tak lalu pulak bawah air tu..ok fine2..
Sungai buatan yang sangat jernih ni adalah Cheonggye tak salah aku..nama sungai ni diambil sempena nama orang yang bakar diri dia untuk jadi famous..pelik2 je dieorang..disebabkan nak publisiti,bakar diri..dah mati baru dapat publisiti..ni cerita cousin aku la,kalau dia tipu,aku tipu jugak..haha..ada patung orang yang bakar diri tu dekat salah satu jambatan kat sungai ni..Owh seni kat sini sangat pelik sebab mana2 adapatung bogel tapi taknak lah upload kan jadi 18sx pulak blog aku nanti..tapi memang dah 3 4 tempat aku pergi mesti ada sampai dah tak terkejut pun tengok..haha..

Overall South Korea sangat best..macam2 la aku dapat tengok negara maju ni..highway dia ke kawasan pedalaman sangat cool..takde isu kalau Malaysia tak boleh buat kat sabah sarawak tu sebab banyak kawasan pergunungan..lagi satu yang bagusnya,pergi mana2 mesti ada filter water untuk minum..tak payah beli berbotol air..satu botol je boleh refill kat mana2..bandar Seoul sangat padat tapi dieorang gunakan sebaiknya untuk pastikan tempat yang kecik pun boleh berniaga,jadi guest house ke tapi facilities tip top dan yang paling penting bersih..
Tu je kot,panjang sangat dah ni..

Tuesday, June 18, 2013

In Shaa Allah..

Just sharing about this..why we have to say in shaa Allah after we say something..

"Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, 'Aku pasti melakukan itu besok pagi'. Kecuali(dengan mengatakan), in shaa Allah. Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, 'Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat(kebenarannya) daripada ini'..
-Ayat 23-24, Surah al-Kahf:18-

Menurut riwayat ada beberapa orang Quraisy datang kepada baginda Rasulullah dan bertanyakan tentang kisah Ashabul Kahfi dan kisah Zulkarnain. Baginda berkata datanglah kepadaku pada keesokan hari agar dapat aku ceritakan kisahnya. Namun baginda tidak mengucapkan in shaa Allah. Sampai esok harinya wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal2 tersebut dan Nabi tidak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat di atas ini sebagai pelajaran kepada Nabi bilamana Nabi lupa menyebut in shaa Allah haruslah segera mengucapnya.

Pengajarannya untuk kita, sentiasalah mengucapkan in shaa Allah agar Allah mengizinkan sesuatu yang kita janjikan atau apa yang akan kita buat keesokan harinya..

Sunday, May 26, 2013

Cuti yang Panjang..

Seperti biasa aku sangat2 lah lama tidak meng'update' blog..disebabkan tu,jom update apa yang telah jadi..pertengahan April 2013 yang lalu,tamatlah sudah pengajian aku di UiTM Puncak Alam dalam bidang Asasi Sains..huh,sangat2 gembira macam dah habis degree..huhu..before tu,final exam bagi aku tak mudah maybe aku tak bersedia sangat ditambah dengan tiada study week macam semester lepas..sangat kejar masa..aku taktau apa yang pihak fakulti kejarkan,tak nyempat2 nak halau budak2 foundie ni..ok takpe da lepas pun and result pun dah keluar..didnt expect langsung result aku macamtu tapi apa boleh buat,aku redha..da berusaha,hanya Allah yang tentukan..Alhamdulillah CGPA sangat ok and semester 1 mampu cover result ni..apa2 pun,UiTM Palam tetap best..experience kat sini memang tak dapat dilupakan..sangat AWESOME!!..and now tengah tunggu result UPU n USM..

cakap pasal USM..aku dapat interview untuk course farmasi kat sana..sangat bersyukur sebab diberi peluang..then, pergi dengan ayah aku naik bas n tidur kat sana 1 malam..malam tu,aku pun practise la ape nak cakap n ready macam2 soalan..esoknya,aku di'interview' oleh dekan tu sendiri,seorang lelaki n seorang perempuan..lecturer maybe..aku pura2 relaks walaupun gigil jugak..masuk bagi salam semua..mula2 borak2 dulu dalam bahasa Melayu..mereka sangat friendly ok..boleh gelak2..then start.....

1)tell me about yourself n your family?
2)why u want to be a pharmacist?
3)your family take any medications?
4)do u take any drugs?(ni memang soalan cepumas..aku jawab yes..because medicines are drugs..macam bagus je aku jawab..)
5)what type of medicine u took?(aku jawab "i have sinus so i take clarinase..nasib baik aku ingat nama ubat tu)
6)do u know clarinase is a brand?u should check back later..(hah sudah..kantoi..huhu..aku nak cover aku jawab la dont know because i just follow my doctor that advise me to remember the name of medicine)
7)u think the clarinase is what type of medicine?(owh tidak..kenapa tanya lagi..aku blom jadi pharmacist ok..huhu..so,aku jawab la,i think antihistamine..confident je muka..haha..)and the lecturer said yes,right and it also has fragrance..something like that aku dengar..aku pun,owh,ya?
8)do u play any sport?(aku jawab la yes,i play badminton n tenpin bowling..n i'm the representative for my school..wah,macam hebat je kan..)tetiba,dekan tu pun main bowling rupanya..hah sudah,keluar lagi soalan yang mencabar skill sport pulak..aku harap je tak susah..nasib baik semua dapat dijawab..
9)do u have any idol?(ni lagi 1 soalan baik punya..aku pun cakap la "yes blablabla....."
10)which one do u prefer .....or....??(based on soalan tadi..huh,mencabar lagi..)
11)do u want to ask us any question?(ni nasib baik aku terfikir soalan yg nak ditanya..yela,interview ni,kita kena banyak cakap kan..hehe) yang pasti kena confident..

overall interview tu berjalan dengan lancar n aku puas hati,Alhamdulillah..lepas ni,semua berserah pada Allah..interviewer tu bantai gelak je dengar aku speaking english tunggang terbalik,tu saja je bagi soalan semua english..takpe,tu semua cabaran kan..tu semua experience..it's good what..

untuk memenuhi cuti ni jugak,aku apply jadi pemimpin minggu destini siswa(MDS) sesi jun untuk kemasukan pelajar baru asasi..tak sangka dapat..so,kena pegi kursus dulu ye..tak sabarnya..hehe..so,itu sahaja utk entry kali ni..

Saturday, February 16, 2013

Class Trip to Gunung Ledang...

Ni muka kepenatan time daki Gunung Ledang...
Gunung Ledang is our destination for class trip...Seriously everyone excited sangat untuk join walaupun dalam 7 or 8 orang tak pergi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan,trip ni still berjalan dengan baik..We got exclusive bus..hehe..actually risau jugak sebab ada trip kelas lain before this ada masalah bas rosak but our bus is awesome...hehe..Thanks Uitm..Before panjat gunung for sure ada latihan intensif sebulan..aku ni tak la rajin sangat tapi ada la sekali je join..yang lain aku just exercise guna basikal je...nampak tak pemalas yang amat..Our journey to Tangkak,Johor is about 4 hours..too long and i just eat and sleep in the bus...haha...teruk kau Aliya..macam mana nak kurus ni??ish...
This is our campsite...tengok semua makanan tu,macam kat rumah ok..semua ada..pisau,bekas2,sudip nak kacau salad,mangkuk,sudu....kiteorang potong2 buah,potong2 sayur untuk buat salad...sos pulak macam2 ada..kau nak apa,cakap je..treasure island punya mayonis,sos cili berbotol botol,sos bbq..cukup package...nampak tak semangat nak makan tu...lelaki pulak siap2 untuk BBQ..ni lagi 1 taknak kalah,bbq ada ayam,kentang,udang,sotong...memang banyak gler makan malam tu...
Tengah2 syok siap2 kan salad,aku boleh plak terpotong jari sendiri..tragis sangat...nampak tak, tak pernah masuk dapur..eh, aku selalu masuk dapur ok..ni kesilapan semata mata..haha...semua macam panik gler n aku boleh pulak cakap,"ala..takde pape sangat..lagipun dah lama tak berdarah,ape salahnye"..semua macam what??dieorang kata Aliya da mamai sebab banyak sangat darah keluar...haha..yela,kalau aku pun cuak sekali,lagi la orang risau so,aku kena lat buat rileks je walaupun risau gler sebenarnya sebab darah serious banyak sangat...thanks kepada yang tolong ubatkan..korang memang terbaikkk!!
Ni before start mendaki..nampak tak muka gembira semua...itu belum naik lagi..lepas daki,sampai 1st checkpoint,semua semput...lawak sangat muka2 kiteorang...ada yang siap nak turun balik...taknak naik..yang tak boleh blahnye,nama 1st checkpoint tu BUKIT SEMPUT..sesuai sangat dengan keadaan kiteorang time tu..kalah tangga palam ok bukit tu...tapi memang tak tipu hiking is not for the person who easy to give up..it is really for those who really determined..we can say that WE REALLY HAVE A STRONG ENTHUASISM..aku target memang puncak la..takkan dah naik,taknak sampai puncak pulak kan..walaupun gunung ledang just 1276m but it is among the steepest peak..bayangkan puncak yang berbatu tu kiteorang kena rock climbing,naik tangga yang just cacak tanpa benda2 sekeliling then bawah tu gaung..kalau lepas, mati la jawabnya..aku tak pernah terfikir perjalanan ke puncak sampai macam tu sekali...time daki rasa macam bila nak sampai ni..yela,kadang2 da naik tinggi2,tetiba kena turun pulak then naik lagi..memang menguji kesabaran..rasa menyesal pulak tak join latihan intensif aritu..really need stamina..tapi aku memang appreciate sangat pertolongan dari classmate2 yang lain..dieorang memang bertanggungjawab,membantu gler tak kira boys or girls...tengah penat2,boleh tanya lagi korang ok tak...serious terharu...then yang tolong bawak beg lagi..memang salute habis la..
Finally,here it is..PUNCAK GUNUNG LEDANG a.k.a ANJUNG MAHLIGAI..pemandangan dari atas Subhanallah...cantik sangat..memang tak menyesal la naik tinggi2..nampak Selat Melaka,Segamat,Pulau Besar...proud of myself because before this ramai yang pertikaikan boleh ke kau naik gunung ledang,aliya..even parents aku pun risau gler sebab stamina aku bukan bagus sangat kan..Arip pun cakap aku ni boleh ke..what,see the legs la kan..i da sampai ok..u da ke??huhu..pada aku,apa2 pun memang stamina la kena kuat..then semangat untuk sampai puncak..macam Mentor aku (Prof Ahmad) cakap, teori LAW OF ATTRACTION...macam physics tak??haha..dia kata kalau law of attraction kita untuk sampai puncak,we can sampai puncak..if not,we cannot sampai puncak..as simple as that..determination tu penting especially dalam hidup..dalam bab ni,aku yakin boleh sampai puncak,see aku da sampai pun even rock climbing buat aku macam tergamam skit sebab aku tak pernah buat..tapi aku yakin kan diri yang aku boleh...bila da sampai atas n pandang balik rock climbing tu,aku macam impressive gler,aku dapat buat benda tu walaupun kasut aku terbukak..nasib baik guide tu selamatkan..
BEST TEAM EVER!! A5 IS THE BEST!! YOU ARE WHAT YOU THINK...

Ni keesokan harinya..muka kiteorang tetap happy walaupun kaki semua sakit lepas pendakian 6jam yang memenatkan n turun gunung tu tak payah cakap la..5 hours non stop..kaki semua jalan macam orang tua..kengkang semua..haha...sempat lagi buat game time ni..dodgeball..then A5 Award..memang taknak kalah deorang ni..sakit2 pun ada award dengan kain batik n kain pelikat as a main clothes..then,tukar2 hadiah between us...we had a great time..really memorable moment..aku takkan naik gunung kalau bukan sebab dieorang..huhu..n really important thing,this is the best present from me to myself for my birthday yg ke 19 pada 11 Febuari..hehe..yang pastinye,objektif kiteorang untuk mengeratkan ukhwah sesama kami tercapai...thanks to Prof Ahmad,Dr.Rasyidah and lecturers...they are really motivated us to become a better person afterwards..