Wednesday, July 10, 2013

Renungan Bersama

"Maka nikmat Tuhan yang mana satukah yang kamu dustakan..?"


Aku tertarik dengan sepotong ayat  yang di'bold' kan itu..terbaca daripada facebook seorang sahabat baik..ayat tersebut banyak kali diulang di dalam surah al-Rahman..apabila dibacakan surah tersebut, akan ada rasa tertarik mengenai apakah sebenarnya maksud ayat tersebut dan mengapa ianya diulang- ulang di dalam surah ini??

Ya, itu menjadi persoalan nikmat Tuhan yang mana satukah yang kamu dustakan??menjadi seorang Islam, dapat udara, air, makanan, minuman, keluarga, anggota badan yang lengkap...sangat banyak untuk disenaraikan..aku terfikir bahawa semua rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan walaupun kadangkala kurang bagi kita ianya sudah terlalu banyak sebenarnya....lumrah manusia yang tidak pernah cukup dengan apa yang diperolehi...jika dibandingkan dengan manusia2 yang lain, lebih ramai yang kurang bernasib baik namun, jauh di sudut hati mereka, tetap bersyukur di atas segala yang Allah kurniakan...sudahkah kita bersyukur di atas setiap nikmat dan rezeki yang kita perolehi??
Kesimpulannya,tidak perlu kita mempersoalkan nikmat yang Allah berikan kepada orang lain kerana Allah itu Maha Adil..jika kita juga mahu nikmat seperti mereka, berusahalah dan Allah menjanjikan balasan yang baik untuk orang yang berusaha mendapatkan sesuatu jika tidak bertentangan dengan hukum-Nya..
Btw, Salam Ramadhan semua..

No comments: