Thursday, July 4, 2013

Trip to KOREA..

Just come back from Korea..owh yeah seriously best sangat..just cerita secara random disebabkan gambar2 bawah ni pun upload random..malas nak betulkan..firstly before pergi trip mana2, pastikan google tempat2 menarik supaya bila pergi kita tahu la serba sedikit tempat tu kan dan motif kita dibawa ke sana..majoriti aku google blog2 orang,ramai yang pergi korea ni sendiri without guna tourist guide kan..tu lebih mencabar sebenarnya but trip aku ni macam trip family yang besar dan disebabkan cousin aku pun menjadi tourist guide sambilan di sana,so kiteorang just follow dia..memang sangat senang ada guide kerana korea ni fully guna bahasa dieorang..tak main English2 ni..memang payah..macam menyanyi je dengar dieorang cakap..nak sebut or eja bahasa dia sangat susah..lain kali k-poppers kan..small matter je semua tu dah hari2 layan cerita n lagu2 korea...kiteorang pergi di sana 6 hari 5 malam dan tinggal kat apartment yang sangat selesa walaupun kecil..aku rasa sekejap sangat trip ni sebab tak puas..haha..ok,over sangat ye..
bajet yang aku bawak 60,000 won sahaja untuk shopping..macam RM60 je aku belanja..padahal RM170..yela semua dah ditanggung PaMa..haha..so,inilah barang2 yang aku beli..souvenirs(4 fridge magnet 5000won,12 ketip kuku 5000won,3 tshirt i love korea 10000won,20 bungkus seaweed 7500won,kain cotton korea 15000won,beg 10000won,kosmetik Nature Republic kiriman orang dan sleeve kertas kot gambar Namsan Tower 1000won)..memang semua barang2 aku beli ni kira murah sebab ada guide kan yang dah tau kat mana murah..kalau tempat lain memang tak dapat harga macamtu..ade lebih tu beli2 makanan air bila penat jalan..hehe..tapi korean silik tak dapat la nak beli sebab sangat mahal,81000won..tak sampai tahap duit yang aku tukar..seriously bila da tukar duit tu jangan bandingkan dengan duit Malaysia,confirm takkan beli apa2sebab bezanya hampir RM3 untuk 1000won..before tukar,fikir dulu nak melontar berapa ringgit kat sana untuk shopping..hehe..
yang ini pulak dekat Gyeongbokgung Palace..yang ni hari keempat sebenarnya,pusing2 Seoul..nampak la random gambar2 ni..haha..ni lah family besarnya..ramai tak..tapi ni pun bukan semua sebenarnya..hehe..siap bawak banner lagi..awesome sangat..
Hari Kedua pergi Pulau Nami yang famous sangat tu sebab cerita Winter Sonata..tapi time ni bukan winter la..summer sangat panas ok..gelap aku balik korea..haha..sangat suka gambar ni (credit to kak erra) sebab ni la port famous orang upload kalau datang Pulau Nami ni..lawa sangat tempat ni..
Hari ketiga, Mount Seorak..dalam bahasa korea panggil, Seoraksan..san is gunung..nak sampai sini 3jam dari Seoul..ada la dalam 30 terowong dilalui sepanjang highway sebab kawasan pergunungan kan..lepastu kena naik cable car,daki skit baru sampai puncak..view dia sangat lawa..tak sia2 3jam perjalanan..macam kinabalu versi korea..haha..
 Ini tak tau fesyen apa..haha..mungkin maharaja punya baju..tak dapat pakai Hanbok,pakai ni pun jadi la..ni free dekat luar Gyeongbogung Palace tu..tempat ni tulis I'M A KING..haha..
Everland hari kelima..tempat ni fantasi betul..rasa best je feeling fairytale..haha..port ambil gambar semua menarik..nampak la overseas nya..lebih kurang USS..game2 kat sini semua tahap pening,muntah2..tengok je pun dah pening..owh kalau masuk indoor game or show kena sabar la sebab takkan faham apa benda dieorang cakap..tapi still best..bayar masuk ni 27000won kot untuk teenager..untuk tahap umur lain,aku taktau..hehe..
owh ya,ni lah tourist guide kami yang tak bertauliah(kiri sekali)..muka pun da macam korean..bagus sangat la tu..dia memang jadi guide sambilan tambah2 duit scholar kat sana..boleh contact kalau siapa2 nak pergi Korea..haha..
 nampak tak plastik2 pink tu..sakan sangat shopping kat Myeongdong Street..kat sini sangat ramai orang dan berlambak kedai2 kosmetik buat sale..sebenarnya ada lagi tempat shopping macam Namdaemun(barang2 souvenir),Dongdaemun(semua pun ada) dan Kwanjang Market untuk silk..tapi sebab suka sangat gambar ni,semua pegang plastik so letak la..nampak la shopping nya..

 ok,ni antara makanan yang dicuba..harga benda ni mahal kot..ada la pinggan sampingan lagi..22 orang makan cecah RM1000..malangnya kau lupa nama dia..dah berapa kali diajar sebut,still tak ingat..nampak tak susah bahasa korea..sepanjang kat sini,makanan paling best ikan bakar dengan sambal sotong kot..memang berselera sampai tambah nasi..tak pernah2 makan makanan korea tambah2 ni..tu kat area Dongdaemun..
latar belakang gambar ni la ride paling adventure kat Everland..saja nak tunjuk aku dah naik benda tu..serius taktau feeling apa lepas naik tu..berapa banyak kali jatuh,pusing..best gler..lepastu,semua taknak naik roller coaster dah..rasa menyesal tak ikut geng2 parents pergi simple show,indoor semua..nak sangat adventure kan..so,tak banyak gambar port lawa kat sini..menyesal tak masuk 4 seasons garden..lawa sangat bila tengok gambar geng2 parents tu..
Love is in the air..ni dekat Namsan Tower a.k.a Seoul Tower..takde pulak gambar tapi bentuk lebih kurang KL Tower..berlambak love padlocks belakang tu..kalau letak, beberapa tahun lagi datang,dah tak jumpa agaknya..sangat banyak..belakang tu sebahagian je..dieorang siap buat pokok padlocks lagi..harga padlock je 8000won..baru ingat nak beli,simpan..owh,tak cukup padlock,tiles kecik2 tu pun jadi untuk menyatakan kasih sayang..haha..tu pun 10000won..
 yang ni cruising..banyak sangat lalu bawah jambatan sepanjang Han River ni..lepastu ada rainbow water keluar dari jambatan..lawa sangat..nak sangat basah tapi cruise ni tak lalu pulak bawah air tu..ok fine2..
Sungai buatan yang sangat jernih ni adalah Cheonggye tak salah aku..nama sungai ni diambil sempena nama orang yang bakar diri dia untuk jadi famous..pelik2 je dieorang..disebabkan nak publisiti,bakar diri..dah mati baru dapat publisiti..ni cerita cousin aku la,kalau dia tipu,aku tipu jugak..haha..ada patung orang yang bakar diri tu dekat salah satu jambatan kat sungai ni..Owh seni kat sini sangat pelik sebab mana2 adapatung bogel tapi taknak lah upload kan jadi 18sx pulak blog aku nanti..tapi memang dah 3 4 tempat aku pergi mesti ada sampai dah tak terkejut pun tengok..haha..

Overall South Korea sangat best..macam2 la aku dapat tengok negara maju ni..highway dia ke kawasan pedalaman sangat cool..takde isu kalau Malaysia tak boleh buat kat sabah sarawak tu sebab banyak kawasan pergunungan..lagi satu yang bagusnya,pergi mana2 mesti ada filter water untuk minum..tak payah beli berbotol air..satu botol je boleh refill kat mana2..bandar Seoul sangat padat tapi dieorang gunakan sebaiknya untuk pastikan tempat yang kecik pun boleh berniaga,jadi guest house ke tapi facilities tip top dan yang paling penting bersih..
Tu je kot,panjang sangat dah ni..

Tuesday, June 18, 2013

In Shaa Allah..

Just sharing about this..why we have to say in shaa Allah after we say something..

"Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, 'Aku pasti melakukan itu besok pagi'. Kecuali(dengan mengatakan), in shaa Allah. Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, 'Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat(kebenarannya) daripada ini'..
-Ayat 23-24, Surah al-Kahf:18-

Menurut riwayat ada beberapa orang Quraisy datang kepada baginda Rasulullah dan bertanyakan tentang kisah Ashabul Kahfi dan kisah Zulkarnain. Baginda berkata datanglah kepadaku pada keesokan hari agar dapat aku ceritakan kisahnya. Namun baginda tidak mengucapkan in shaa Allah. Sampai esok harinya wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal2 tersebut dan Nabi tidak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat di atas ini sebagai pelajaran kepada Nabi bilamana Nabi lupa menyebut in shaa Allah haruslah segera mengucapnya.

Pengajarannya untuk kita, sentiasalah mengucapkan in shaa Allah agar Allah mengizinkan sesuatu yang kita janjikan atau apa yang akan kita buat keesokan harinya..

Sunday, May 26, 2013

Cuti yang Panjang..

Seperti biasa aku sangat2 lah lama tidak meng'update' blog..disebabkan tu,jom update apa yang telah jadi..pertengahan April 2013 yang lalu,tamatlah sudah pengajian aku di UiTM Puncak Alam dalam bidang Asasi Sains..huh,sangat2 gembira macam dah habis degree..huhu..before tu,final exam bagi aku tak mudah maybe aku tak bersedia sangat ditambah dengan tiada study week macam semester lepas..sangat kejar masa..aku taktau apa yang pihak fakulti kejarkan,tak nyempat2 nak halau budak2 foundie ni..ok takpe da lepas pun and result pun dah keluar..didnt expect langsung result aku macamtu tapi apa boleh buat,aku redha..da berusaha,hanya Allah yang tentukan..Alhamdulillah CGPA sangat ok and semester 1 mampu cover result ni..apa2 pun,UiTM Palam tetap best..experience kat sini memang tak dapat dilupakan..sangat AWESOME!!..and now tengah tunggu result UPU n USM..

cakap pasal USM..aku dapat interview untuk course farmasi kat sana..sangat bersyukur sebab diberi peluang..then, pergi dengan ayah aku naik bas n tidur kat sana 1 malam..malam tu,aku pun practise la ape nak cakap n ready macam2 soalan..esoknya,aku di'interview' oleh dekan tu sendiri,seorang lelaki n seorang perempuan..lecturer maybe..aku pura2 relaks walaupun gigil jugak..masuk bagi salam semua..mula2 borak2 dulu dalam bahasa Melayu..mereka sangat friendly ok..boleh gelak2..then start.....

1)tell me about yourself n your family?
2)why u want to be a pharmacist?
3)your family take any medications?
4)do u take any drugs?(ni memang soalan cepumas..aku jawab yes..because medicines are drugs..macam bagus je aku jawab..)
5)what type of medicine u took?(aku jawab "i have sinus so i take clarinase..nasib baik aku ingat nama ubat tu)
6)do u know clarinase is a brand?u should check back later..(hah sudah..kantoi..huhu..aku nak cover aku jawab la dont know because i just follow my doctor that advise me to remember the name of medicine)
7)u think the clarinase is what type of medicine?(owh tidak..kenapa tanya lagi..aku blom jadi pharmacist ok..huhu..so,aku jawab la,i think antihistamine..confident je muka..haha..)and the lecturer said yes,right and it also has fragrance..something like that aku dengar..aku pun,owh,ya?
8)do u play any sport?(aku jawab la yes,i play badminton n tenpin bowling..n i'm the representative for my school..wah,macam hebat je kan..)tetiba,dekan tu pun main bowling rupanya..hah sudah,keluar lagi soalan yang mencabar skill sport pulak..aku harap je tak susah..nasib baik semua dapat dijawab..
9)do u have any idol?(ni lagi 1 soalan baik punya..aku pun cakap la "yes blablabla....."
10)which one do u prefer .....or....??(based on soalan tadi..huh,mencabar lagi..)
11)do u want to ask us any question?(ni nasib baik aku terfikir soalan yg nak ditanya..yela,interview ni,kita kena banyak cakap kan..hehe) yang pasti kena confident..

overall interview tu berjalan dengan lancar n aku puas hati,Alhamdulillah..lepas ni,semua berserah pada Allah..interviewer tu bantai gelak je dengar aku speaking english tunggang terbalik,tu saja je bagi soalan semua english..takpe,tu semua cabaran kan..tu semua experience..it's good what..

untuk memenuhi cuti ni jugak,aku apply jadi pemimpin minggu destini siswa(MDS) sesi jun untuk kemasukan pelajar baru asasi..tak sangka dapat..so,kena pegi kursus dulu ye..tak sabarnya..hehe..so,itu sahaja utk entry kali ni..

Saturday, February 16, 2013

Class Trip to Gunung Ledang...

Ni muka kepenatan time daki Gunung Ledang...
Gunung Ledang is our destination for class trip...Seriously everyone excited sangat untuk join walaupun dalam 7 or 8 orang tak pergi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan,trip ni still berjalan dengan baik..We got exclusive bus..hehe..actually risau jugak sebab ada trip kelas lain before this ada masalah bas rosak but our bus is awesome...hehe..Thanks Uitm..Before panjat gunung for sure ada latihan intensif sebulan..aku ni tak la rajin sangat tapi ada la sekali je join..yang lain aku just exercise guna basikal je...nampak tak pemalas yang amat..Our journey to Tangkak,Johor is about 4 hours..too long and i just eat and sleep in the bus...haha...teruk kau Aliya..macam mana nak kurus ni??ish...
This is our campsite...tengok semua makanan tu,macam kat rumah ok..semua ada..pisau,bekas2,sudip nak kacau salad,mangkuk,sudu....kiteorang potong2 buah,potong2 sayur untuk buat salad...sos pulak macam2 ada..kau nak apa,cakap je..treasure island punya mayonis,sos cili berbotol botol,sos bbq..cukup package...nampak tak semangat nak makan tu...lelaki pulak siap2 untuk BBQ..ni lagi 1 taknak kalah,bbq ada ayam,kentang,udang,sotong...memang banyak gler makan malam tu...
Tengah2 syok siap2 kan salad,aku boleh plak terpotong jari sendiri..tragis sangat...nampak tak, tak pernah masuk dapur..eh, aku selalu masuk dapur ok..ni kesilapan semata mata..haha...semua macam panik gler n aku boleh pulak cakap,"ala..takde pape sangat..lagipun dah lama tak berdarah,ape salahnye"..semua macam what??dieorang kata Aliya da mamai sebab banyak sangat darah keluar...haha..yela,kalau aku pun cuak sekali,lagi la orang risau so,aku kena lat buat rileks je walaupun risau gler sebenarnya sebab darah serious banyak sangat...thanks kepada yang tolong ubatkan..korang memang terbaikkk!!
Ni before start mendaki..nampak tak muka gembira semua...itu belum naik lagi..lepas daki,sampai 1st checkpoint,semua semput...lawak sangat muka2 kiteorang...ada yang siap nak turun balik...taknak naik..yang tak boleh blahnye,nama 1st checkpoint tu BUKIT SEMPUT..sesuai sangat dengan keadaan kiteorang time tu..kalah tangga palam ok bukit tu...tapi memang tak tipu hiking is not for the person who easy to give up..it is really for those who really determined..we can say that WE REALLY HAVE A STRONG ENTHUASISM..aku target memang puncak la..takkan dah naik,taknak sampai puncak pulak kan..walaupun gunung ledang just 1276m but it is among the steepest peak..bayangkan puncak yang berbatu tu kiteorang kena rock climbing,naik tangga yang just cacak tanpa benda2 sekeliling then bawah tu gaung..kalau lepas, mati la jawabnya..aku tak pernah terfikir perjalanan ke puncak sampai macam tu sekali...time daki rasa macam bila nak sampai ni..yela,kadang2 da naik tinggi2,tetiba kena turun pulak then naik lagi..memang menguji kesabaran..rasa menyesal pulak tak join latihan intensif aritu..really need stamina..tapi aku memang appreciate sangat pertolongan dari classmate2 yang lain..dieorang memang bertanggungjawab,membantu gler tak kira boys or girls...tengah penat2,boleh tanya lagi korang ok tak...serious terharu...then yang tolong bawak beg lagi..memang salute habis la..
Finally,here it is..PUNCAK GUNUNG LEDANG a.k.a ANJUNG MAHLIGAI..pemandangan dari atas Subhanallah...cantik sangat..memang tak menyesal la naik tinggi2..nampak Selat Melaka,Segamat,Pulau Besar...proud of myself because before this ramai yang pertikaikan boleh ke kau naik gunung ledang,aliya..even parents aku pun risau gler sebab stamina aku bukan bagus sangat kan..Arip pun cakap aku ni boleh ke..what,see the legs la kan..i da sampai ok..u da ke??huhu..pada aku,apa2 pun memang stamina la kena kuat..then semangat untuk sampai puncak..macam Mentor aku (Prof Ahmad) cakap, teori LAW OF ATTRACTION...macam physics tak??haha..dia kata kalau law of attraction kita untuk sampai puncak,we can sampai puncak..if not,we cannot sampai puncak..as simple as that..determination tu penting especially dalam hidup..dalam bab ni,aku yakin boleh sampai puncak,see aku da sampai pun even rock climbing buat aku macam tergamam skit sebab aku tak pernah buat..tapi aku yakin kan diri yang aku boleh...bila da sampai atas n pandang balik rock climbing tu,aku macam impressive gler,aku dapat buat benda tu walaupun kasut aku terbukak..nasib baik guide tu selamatkan..
BEST TEAM EVER!! A5 IS THE BEST!! YOU ARE WHAT YOU THINK...

Ni keesokan harinya..muka kiteorang tetap happy walaupun kaki semua sakit lepas pendakian 6jam yang memenatkan n turun gunung tu tak payah cakap la..5 hours non stop..kaki semua jalan macam orang tua..kengkang semua..haha...sempat lagi buat game time ni..dodgeball..then A5 Award..memang taknak kalah deorang ni..sakit2 pun ada award dengan kain batik n kain pelikat as a main clothes..then,tukar2 hadiah between us...we had a great time..really memorable moment..aku takkan naik gunung kalau bukan sebab dieorang..huhu..n really important thing,this is the best present from me to myself for my birthday yg ke 19 pada 11 Febuari..hehe..yang pastinye,objektif kiteorang untuk mengeratkan ukhwah sesama kami tercapai...thanks to Prof Ahmad,Dr.Rasyidah and lecturers...they are really motivated us to become a better person afterwards..








Monday, November 26, 2012

Setelah Berkurun..

Wah over betul title aku...over tak over, suke hati aku la kan..ok,last post 1 Mac 2012..hmm*sambil mengira*8 bulan katanya aku tak jenguk2 blog ni...macam busy sangat..ape2 pun banyak yang dah berlaku 8 bulan ni..aku pun tengah cuti sem and dah nak masuk balik dah pun..eh,aliya cuti sem??U mana dia masuk..yeah,aku sekarang sudah menjadi student IPTA..hehe..UITM PUNCAK ALAM...Alhamdulillah...hmm..selama 8 bulan aku menghilang, result SPM aku dah dapat, then pergi umrah, dapat masuk UITM course FOUNDATION IN SCIENCE, final exam semester 1, cuti semester, result keluar n ready to come back for semester 2...

Ok,cerita pasal result SPM,hmm sedih tak boleh nak kata ape la kan..tapi everything will always gonna be ok if we think positive and be positive...result aku bukanlah teruk sangat and dapat jugak anugerah dari sekolah tapi bila kita target lain dapat lain,for sure lah kita frust kan...tapi takpelah, spm is not the end of the world...(tapi sesiapa yang ambil spm tu buat la betul2 walaupun aku kata macam tu...nanti orang kata aku ni tak bagi semangat pulak n mengajar benda yang sesat...)back to the topic, menangis bagai nak rak pun bukan boleh ubah result..lets move on..itulah selalu aku pujuk diri aku..sentimental jugak aliya ni..eh,mesti walaupun aku macam takde perasaan..haha..then, tepat pada masanya, dalam bulan April tu aku pergi umrah..tengah sedih2,memang sesuai sangatlah kan...muhasabah diri and percaya yang Allah itu sentiasa ada di sisi kita dalam kesusahan dan aku sedar yang semua ni jadi mesti ada hikmahnya...


Bulan Mei pulak aku dapat result masuk UITM...happy sangat sebab masih ada rezeki aku...aku janji pada diri sendiri yang 'aku takkan menangis lagi kerana kegagalan dan tangisan itu hanya ada untuk kejayaan aku je'..nampak tak semangat gila kat situ??nampak tak,nampak tak?? hidup kat U ni mencabar sebenarnya...Alhamdulillah sangat aku dapat roomate, housemates n classmates yang sangat baik n membantu...lebih2 lagi Ceria, schoolmate CP aku dulu ada kat sini...kiteorang housemate ok...apa yang mencabarnya duduk U ni??semua kena buat sendiri n takda sape lagi yang nak kisah pasal kita..segala-galanya terletak pada kita sendiri la senang cakap..kawan pun kena cari yang betul2...sama je macam sekolah asrama aku dulu cuma sekarang skop nya lebih luas...dan godaan2 dari pelbagai aspek lagi la banyak..siapa yang nak berjaya, kena la pandai gunakan peluang..aku jealous sangat bila kawan2 semua enjoy sana sini, tengok movie, hang out...tapi aku, sibuk belajar sebab aku tau, aku kena belajar untuk berjaya..bila aku tengok orang enjoy, aku akan kata pada diri aku sendiri, 'takpe aliya, susah2 dulu, nanti lama2 senang'..finally, atas usaha aku sendiri, aku berjaya dapat Dean's List untuk first semester...Alhamdulillah..aku harap dapat kekalkan...aku percaya yang kegagalan lalu mengajar kita menjadi insan yang lebih cemerlang di masa akan datang dengan syarat kita sentiasa ingat pada Allah dan berusaha bersungguh-sungguh...
Itu sahaja lah dulu untuk post ni...nanti aku cerita lagi...


Thursday, March 1, 2012

Adnan Sempit 2...

dah lama aku tak update pasal movie yang aku tengok...23 Februari yang lepas,aku tengok cerita Adnan Sempit 2...time tu,da tak payah beli tiket da,free je boleh tengok..hehe...cerita tu sangat2 lah menghiburkan..best gler...walaupun ayat2 nye ala2 rempit,yela da kata cerita pasal mamat motor kan..tapi aku tak rasa lawak dieorang tak boleh pakai..semuanye best..jalan cerita pun bagus walaupun simple...menceritakan pasal adnan(shaheizy sam) yang nak berusaha jadi ahli koprat setaraf dengan keluarga nadia(intan ladyana)..bila dia nak belajar bahasa inggeris tu nampak sangat kesungguhan dalam diri dia nak memuaskan hati ayah nadia...dengan semangat persahabatan yang kuat,adnan pun banyak melindungi kawan dia yang along raja lawak tu,aku lupa watak die..hehe...along n makwe dia(yana samsudin) pun banyak tolong adnan...so,pengajaran nye,cinta tu buatkan seseorang bersungguh sungguh untuk m'improve kan diri dia ke arah kebaikan dan semangat setiakawan sangat penting dalam kehidupan sebab kawan2 lah selalu ada di samping kita susah dan senang selain family kita...so,sokonglah filem buatan malaysia..hehe..

time kerja tgv,aku selalu promote cerita melayu sebab kadang2 orang kita ni,tak sedar diri,tak nak tengok cerita melayu....bila tengok filem melayu tayang n ramai orang tengok macam cerita ni,happy pulak...cerita melayu pun kena la menarik supaya orang kita tak rasa membazir nak beli..kalau tak best,aku pun tak nak promote...

Masa untuk Berehat..

arini tanggal 1 Mac 2012,tamatlah khidmatku bersama TGV...wah2...happy betul nak bagitau...takdela,sebenarnya sedih jugak sebab lepas ni da tak dapat tengok wayang free,tak dapat tiket free,tak dapat gelak2 dengan budak2 TGV lagi,tak dapat nak jumpa macam2 kerenah manusia yang mencabar kesabaran dan yang paling pasti,tak dapat merasa duit gaji..hehe...ape2 pun terima kasih TGV kerana memberi peluang aku menjadi sebahagian dari team korang..semalam before balik,aku sempat jugak naik tempat projector..tengok filem yang banyak2 tu...termakbul harapan aku nak melawat apa yang ada kat atas tu,antara tempat paling penting untuk sebuah cinema..kalau tak ada tempat tu macam mana filem nak main kan...harapan katanya...hehe..terima kasih kepada semua staf,kak jijie,kak ita,fify,kak ida,kak wani,azim n ramai lagi yang bagi tunjuk ajar selama 3 bulan aku bekerja kat situ...special thanks to afifah aliah ahmad suhaimi kerana pergi,balik n cuti bersama aku sepanjang bekerja di TGV...n untuk nazreen yang belanja supper semalam di mamak sempena hari last kami bekerja di situ...tak sabarnye nak tunggu gaji last ni....

ramai tanya kenapa berhenti??jawapannya,aku sendiri tak tahu..maybe sebab nak ada masa untuk diri sendiri seperti belajar masak,kemas rumah..(yela tu aliya nak buat)...n masa untuk keluarga jugak yang selalu kata aku balik lambat..dieorang pergi keje,aku dok rumah..aku dok rumah,dieorang pergi kerja..nampak kan,memang perlu aku luangkan masa...

aku plan nak masuk kelas BI jugak..mana ye agaknye nak cari??hmm..akan difikirkan..tapi sepanjang bulan mac ni.aku nak rehat2 dulu la dalam debaran menanti result yang bakal keluar...i'm hoping the best..of course semua orang hope macam tu..insyaallah,dengan izin Allah S.W.T...

owh ye,sebelum terlupa,aku baru dengar cerita pasal abang botak yang dulunya menjadi ketakutan aku di SABDA sampai aku takut nak stay up malam2 sebab dia selalu masuk aspuri tu da ditangkap..alhamdulillah...padan muka kau..rupanya,kau tak la botak,tak la hitam,manusia rupanya...kau memang mainkan ketakutan aku...lain kali,beringatlah,sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak..selaju-laju kau lari dari kena tangkap,akhirnya,kau takkan terlepas dari kesalahan kau sendiri..jangan ikut hawa nafsu sangat,akhirnya memakan diri sendiri,kena buang sekolah,belajar entah ke mana...